Illinois Business Review
SEE OTHER BRANDS

Your business and economy news reporter from Illinois

Bersedia Sepenuhnya untuk 1000 Miglia 2025

Perlumbaan Terindah di Dunia Kembali ke Jalan Raya Itali

BRESCIA, Itali, June 16, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Kiraan detik hampir berakhir. 1000 Miglia kembali pada 17-21 Jun dengan laluan berbentuk angka lapan, hasil inspirasi daripada edisi pra-perang yang epik. Perlumbaan ini menghubungkan pantai Adriatik timur dan Tyrrhenia barat, selain laluan pergi dan pulang Brescia-Roma.

Perlumbaan sejauh 1900 km dan 5 hari penuh aksi untuk 420 kenderaan bersejarah dari satu-satunya muzium bergerak di dunia. Bermula dari Viale Venezia di Brescia, peringkat pertama akan berakhir di San Lazzaro di Savena (Bologna). Pada hari Rabu, para peserta akan tiba di ibu kota sebelum kembali ke utara, di mana peringkat ketiga akan tamat di Cervia-Milano Marittima. Pada hari Jumaat, pasukan perlumbaan akan merentasi Itali dari timur ke barat, menuju ke Laut Tyrrhenia. Persinggahan di Akademi Tentera Laut di Livorno akan memperkukuhkan kerjasama erat dengan Tentera Laut Itali, memperlihatkan sokongan serta hubungan rapat yang selama ini diberikan oleh Angkatan Tentera dan Polis kepada 1000 Miglia. Di Parma, penamat peringkat keempat akan mendahului acara kemuncak pada Sabtu, 21 Jun. Bermula tengah hari, kereta-kereta akan kembali ke Viale Venezia sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada orang ramai di Piazza Vittoria menerusi perarakan dalam suasana meriah Festa della Musica.

Konvoi 1000 Miglia 2025 akan didahului oleh 123 Ferraris dari Tribute 1000 Miglia dan 1000 Miglia Green kereta elektrik, diiringi oleh kereta dipandu robo Politecnico di Milano. Projek tersebut memberikan tumpuan pada pengenalan pemanduan autonomi untuk mengoptimumkan pengangkutan bandar.

Program pra-perlumbaan akan bermula pada Ahad, 15 Jun, dengan perasmian 1000 Miglia Village di lokasi bersejarah Piazza Vittoria. Kanak-kanak dari projek “La 1000 Miglia Goes to School” akan menghiasi kereta yang dikhususkan untuk inisiatif ini, yang akan bergerak di belakang konvoi. Sepanjang perlumbaan akan dimeriahkan oleh suara Radio Deejay, di mana penyampai rasmi akan bergilir-gilir menyampaikan sorotan perlumbaan dengan dengan semangat yang menjadi identiti mereka disepanjang laluan. Pada hari Isnin, edisi pertama Talk 1000 Forme – Designed to Win akan berlangsung di Teatro Grande, diikuti dengan tayangan perdana filem Fury & The Monster di tapak warisan UNESCO, Muzium S.Giulia. Sementara itu, di Village di Piazza Vittoria, kereta-kereta akan berarak untuk upacara penyegelan.

1000 Miglia Charity Car, bersama La Zebra Onlus, akan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pembelian alat pengimbas ultrabunyi generasi terkini yang akan didermakan kepada Hospital Kanak-Kanak di Brescia.

Pejabat Akhbar
+39 3316133162

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7a370bd7-bf49-4a96-80ec-def141d44763


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms of Service